Saturday, March 29, 2008

Jemputan Menjadi Ahli Kumpulan Sokongan ADUN Hulu Kelang

Subscribe:
YBHuluKelang-subscribe@yahoogroups.com

Memberi perkhidmatan kepada rakyat adalah satu tugas mulia didalam menjalani kehidupan seharian kita. Bayangkan kita yang rata rata dalam berkeadaan baik ini dapat bersama rakyat dari pelbagai kaum dan pelbagai strata kehidupan. Dalam memberi perkhidmatan ini, kita akan berjumpa dengan rakyat yg berumah besar, hinggalah ke level setinggan. Insyallah, minda dan pandangan kita akan menjadi luas dengan penglibatan kita kepada akar umbi masyarakat. Sudah tentu, ianya juga menjadi saham akhirat kita.

Dengan kemenangan YB Saari Sungib di kerusi Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, banyak keperluan untuk mengisi kemenangan itu dengan kerja kerja kemasyarakatan. Ianya terdiri dari menghadiri program program, menjadi relawan kepada pelaksanaan program dan mungkin juga melaksanakan aktiviti mencari fakir miskin untuk diberi bantuan. Dalam kata lain, relawan dalam bentuk tenaga, masa, minda dan wang ringgit adalah amat diperlukan.

Walaupun kemenangan ini disertai dengan kerajaan negeri yang memerintah, kita tidak boleh mengharapkan agensi kerajaan negeri semata mata untuk melaksanakannya. Ianya perlu diisi dengan kegiatan menyantuni masyarakat, dimana masyarakat DUN Hulu Kelang dapat merasakan wujudnya seorang wakil rakyat yang hampir dengan mereka. Oleh itu amatlah diperlukan segala bentuk sokongan bagi menjayakan visi Mesra Berkebajikan yang di utarakan oleh YB Wakil Rakyat yang baru ini.

Bagi memenuhi harapan dan visi diatas, saya ingin menjemput mereka yang berminat untuk menjadi relawan kepada aktiviti Wakil Rakyat Dun Hulu Kelang, untuk menjadi ahli yahoogroups YBHuluKelang. Ini ditubuhkan supaya segala bentuk perbincangan, penyaluran maklumat dan relawan dapat di buat disini. Diharap mereka yang menyertai disini akan bersedia menjadi relawan kepada program program anjuran Pusat Khidmat Komuniti ADUN Hulu Kelang. Jemputan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat merentasi bangsa dan agama.

Dengan ini saya menjemput semua yang sudi agar menyertai egroup YBHuluKelang.
Saya menggalakkan agar pembaca juga menjemput rakan rakan yang boleh memberi sumbangan.
Sila lampirkan nama, alamat dan handphone no anda, semasa menghantar subscribe kepada kami.

Post message:
YBHuluKelang@yahoogroups.com
Subscribe:
YBHuluKelang-subscribe@yahoogroups.com

Terima Kasih
Hamdy

No comments: