Saturday, March 29, 2008

HidupTanpaUMNO: PETRONAS jual dengan harga kos kepada rakyat Malaysia.

HidupTanpaUMNO: PETRONAS jual dengan harga kos kepada rakyat Malaysia.


Kadang kadang banyak mengembara, banyak membaca dan banyak mendengar akan menambah ilmu kita. Saya bukan jenis orang yang rajin mendengar ceramah. Bagi saya dari mendengar ceramah, biar saya duduk dirumah, mengambil nafas nafas ada didalam kesibukan mencari rezki dan aktiviti luar.

Tetapi malam tadi saya mendapat berita baru bahawa Arab Saudi menjual minyaknya dengan dua harga. Satu dengan harga pasaran dunia untuk pasaran antarabangsa dan satu dengan harga untuk pasaran tempatan.

Arab Saudi mengambil untung dengan menjual dipasaran antarabangsa. Tetapi saya diberitahu bahawa untuk pasaran tempatan, Arab Saudi menjual dengan harga kos kepada rakyatnya. Mungkin rakan rakan yang bekerja disana boleh mengesahkan.

Maka adakah tidak mungkin untuk PETRONAS melakukan sedemikian rupa. Pada saya Petronas boleh melakukannya. Akibat kepada Petronas ialah keuntungannya akan menjadi kurang. Contohnya, dengan keuntungan dalam 50 billion, tetapi dengan mengambil kaedah itu mungkin keuntungannya menjadi 35billion. Untung tetap untung Cuma untungnya kurang sedikit. Saya rasa kepimpinan Petronas bukannya nya beriman kan kapitalis dimana keuntungan mesti berlebih lebihan.

Kalau pun Petronas untung yang keterlaluan, yang mendapat kebaikannya ialah UMNO, BN dan juak juak nya. Rakyat juga akan mendapat untung tetapi untung yang mungkin nilai isi kelapa yang telah diperah empat lima kali. Yang mana santan nya hanya tinggal titikan santan. Yang untung besar ialah juak juak dan petualang petualang Negara dari kalangan pimpinan UMNO itu sendiri. Kalau tidak, tidak mungkin ada isteri pimpinan UMNO yang mempunyai beg tangan bernilai belasan ribu. Mudah mudahan beg tangan itu dapat dibawa kedalam keranda pada satu masa nanti.

Penutupnya, Petronas boleh melakukannya sekiranya kepimpinan petronas berjiwa rakyat dan kepimpinan Petronas tidak berimankan sikap kapitalis.

HidupTanpaUMNO: Sediakan Minda.

HidupTanpaUMNO: Sediakan Minda.

Bagi mereka yang membaca penulisan saya, pada hari hari awal kempen pilihanraya, saya ada mengatakan, pada hukum adat UMNO tidak akan kalah, tetapi kita tidak tahu perancangan Allah. Saya juga mengatakan kalaupun kalah, perjuangan menegakkan keadilan perlu diteruskan. Antara sebab lain ialah UMNO telah berumur 50 tahun, dan dari hukum adatnya, manusia mati maka UMNO juga akan mati pada satu masa nanti. Kata orang putih ‘it is a matter of time’.

Apatah lagi bagi kita yang beriman dgn salah satu dari rukun iman iaitu percaya kepada AlQuran, kita akan dapati bahawa Allah dengan secara jelas mengatakan Allah memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki dan Allah juga mencabut kekuasaan dari sesiapa yang dikehendaki.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. – Ali Imran 26

Ayat itu jelas, Cuma kita, termasuk saya, yang kurang menyelami Al Quran. Begitu juga pemimpin pemimpin UMNO pusat, malah pemimpin UMNO negeri seperti Khir Toyo terlupa akan ayat ayat ini. Ini menyebabkan mereka bertindak seperti tidak ada hari kiamat, malah mereka terlupa bahawa kiamat dunia juga boleh berlaku seperti apa yang berlaku tanpa menunggu kiamat hakiki. Dan setelah UMNO kalah diSelangor, baru lah kita tahu begitu busuk dan hinanya perbuatan mereka. Bagaimana mereka songlap harta negeri utk kuncu kuncu mereka. Bagaimana mereka mewujudkan syarikat syarikat negeri untuk memuaskan nafsu serakah mereka.

Malangnya, orang orang beginilah yang disanjung dan cuba dipastikan menang oleh pejuang pejuang bangsa Melayu atau nasionalis melayu. Rupanya nasionalis melayu UMNO lah yang merosakan negara dan negeri. Dan kini mereka bertukar kepada penderhaka sultan seperti yang berlaku di Perlis dan Trengganu. Walaubagaimanapun kita tidak juga lupa bahawa kerajaan PAS Trengganu juga pernah diberi dan ditarik kekuasaannya. Mungkin orang Terengganu boleh menyalahkan aspek penipuan tetapi pada saya ada perkara perkara terperinci yang terlupa dilakukan oleh kepimpinan PAS Trengganu pada masa itu. Dan saya merasakan masih ramai lagi rakyat Trengganu yang belum dapat memaafkan PAS pada PRU12. Tidak perlulah PAS Trengganu apologetik dalam hal ini. Apa yang perlu dilakukan ialah muhasabah dengan terperinci dan kemudian menyahkan apa yang patut untuk kejayaan masa depan. Cuma saya yakin, kepimpinan PAS Trengganu tidaklah serakus kepimpinan UMNO Selangor.

Berbalik kepada ayat tadi, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari hari akan datang. Tapi kita mesti bersedia secara mental bahawa ada kemungkinan UMNO akan tumpas. Kalau pun tidak hari esok, mungkin lusa, mungkin thulat, mungkin langkat, mungkin sebulan dua bulan...mungkin tahun tahun akan datang.

Tapi saya mencadangkan agar kita menyediakan minda kita bahawa ’it is a matter of time’ UMNO akan kecundang. Mari kita berdoa agar tidak ada petualang UMNO yang membuat kekecohan jika mereka tumpas dalam kepimpinan negara.

Perlu kita ingat, UMNO tidak biasa kalah. Dalam hal pemilihan menteri besar pun mereka sanggup kurang ajar kepada sultan, dan apabila kalah baru lah terpekik terlolong mengenai DEB, maka apa lagi kalau mereka tumpas dalam kepimpinan negara. Mari kita berdoa agar negara kita aman sejahtera hidup harmoni. Dan untuk kita, mari kita sediakan minda bahawa kita boleh hidup tanpa UMNO.

Jemputan Menjadi Ahli Kumpulan Sokongan ADUN Hulu Kelang

Subscribe:
YBHuluKelang-subscribe@yahoogroups.com

Memberi perkhidmatan kepada rakyat adalah satu tugas mulia didalam menjalani kehidupan seharian kita. Bayangkan kita yang rata rata dalam berkeadaan baik ini dapat bersama rakyat dari pelbagai kaum dan pelbagai strata kehidupan. Dalam memberi perkhidmatan ini, kita akan berjumpa dengan rakyat yg berumah besar, hinggalah ke level setinggan. Insyallah, minda dan pandangan kita akan menjadi luas dengan penglibatan kita kepada akar umbi masyarakat. Sudah tentu, ianya juga menjadi saham akhirat kita.

Dengan kemenangan YB Saari Sungib di kerusi Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, banyak keperluan untuk mengisi kemenangan itu dengan kerja kerja kemasyarakatan. Ianya terdiri dari menghadiri program program, menjadi relawan kepada pelaksanaan program dan mungkin juga melaksanakan aktiviti mencari fakir miskin untuk diberi bantuan. Dalam kata lain, relawan dalam bentuk tenaga, masa, minda dan wang ringgit adalah amat diperlukan.

Walaupun kemenangan ini disertai dengan kerajaan negeri yang memerintah, kita tidak boleh mengharapkan agensi kerajaan negeri semata mata untuk melaksanakannya. Ianya perlu diisi dengan kegiatan menyantuni masyarakat, dimana masyarakat DUN Hulu Kelang dapat merasakan wujudnya seorang wakil rakyat yang hampir dengan mereka. Oleh itu amatlah diperlukan segala bentuk sokongan bagi menjayakan visi Mesra Berkebajikan yang di utarakan oleh YB Wakil Rakyat yang baru ini.

Bagi memenuhi harapan dan visi diatas, saya ingin menjemput mereka yang berminat untuk menjadi relawan kepada aktiviti Wakil Rakyat Dun Hulu Kelang, untuk menjadi ahli yahoogroups YBHuluKelang. Ini ditubuhkan supaya segala bentuk perbincangan, penyaluran maklumat dan relawan dapat di buat disini. Diharap mereka yang menyertai disini akan bersedia menjadi relawan kepada program program anjuran Pusat Khidmat Komuniti ADUN Hulu Kelang. Jemputan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat merentasi bangsa dan agama.

Dengan ini saya menjemput semua yang sudi agar menyertai egroup YBHuluKelang.
Saya menggalakkan agar pembaca juga menjemput rakan rakan yang boleh memberi sumbangan.
Sila lampirkan nama, alamat dan handphone no anda, semasa menghantar subscribe kepada kami.

Post message:
YBHuluKelang@yahoogroups.com
Subscribe:
YBHuluKelang-subscribe@yahoogroups.com

Terima Kasih
Hamdy

Coretan Anak Pejuang PAS Johor

Coretan Anak Pejuang PAS JohorMula dipamer pada 26 Mac 2008

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..Sekarang di muar lagi.. cyber cafe, dok ngantar emel pada lecturer, data hilal..Sebenarnya takde ape yang boleh diceritakan tentang arwah ayah, tapi tak tahu kenapa hati sangat meronta-ronta untuk menulis sesuatu buat penenang hati dan merawat sedih..

Ayah hanyalah org yang biasa, tapi semangat perjuangannya sangat luar biasa..tak tahu nak ceritakan dari mana.. ayah pergi setelah sempat melihat kemenangan PAS di 2 DUN di Johor, negeri tanah tumpah darah dan kesayangannya.. negeri yang sejak hampir 30 tahun ayah menyertai PAS dan bergerak aktif dalamnya, negeri yang pernah 'mereka tak faham lagi tentang 'PAS' mengacukan parang bila kempen, negeri yang org selalu kata, -kalau letak batang pisang atas tiket BN pun sure menang punye- negeri yang kebanyakannya org jawa ( biasanya memang setia pada yg satu )..

Mungkin kemenangan 2 DUN ini lebih menggembirakan ayah dari melihat anaknya gembira dan mendapat cucu baru 2bln lepas..kerana itulah perjuangan ayah..Ayah seorang yang tegas pada prinsip, kalau ayah rasa itu salah, salahlah, ayah pasti akan mempertahankan pandangannya dalam mesyuarat dan dalam jemaah sendiri,demi memperbaiki, ayah tak kisah, ayah akan cakap jg. berani berkata benar.. ayah pasti akan kata - kene buat juga usrah, walaupun ada yang kata tak perlu sangat- ayah akan kata, banyakkan ngo-walaupun org pandang tak perlu- ayah akan kata apa yang difikirkannya benar tanpa perlu mengambil hati siapa2..Ayah selalu merasakan diri tak layak..

Pernah waktu Ustaz Omar(Bapa Ust Nizamudin Omar), Pesuruhjaya PAS Johor meninggal dunia dahulu, arwah ustaz fadzil kata 'nta jadilah pesuruhjaya' - ayah kata- ana takde ilmu, pak daeng la syekh'...Ayah akan mementingkan jemaah lebih dari kepentingan diri..Pernah ayah tanak pegang sesuatu jawatan kerana lebih mengutamakan jamaah.. biarlah ape org kata, hanya ayah dan keluarga yang mengetahuinya..Ayah tak kisah org copy paste dan bawak ke mana paperwork pengurusan yang dibuatnya dahulu.. asalkan utk kebaikan semua..

Semasa lepas maghrib waktu pengiraan undi dan dapat tahu pas menang di DUN sg Abong,tempat kami anak beranak mengundi, ayah tengah rehat di bilik kerana terlalu penat, bingkas bangun dan sebut AllahuAkbar!!!Bingkas ambil kot yang dah lama ditinggalkannya dan terus ke jubli perak tempat mengira undi..di sana dan ke markaz sehingga pukul 4 pagi baru balik umah..takpe ayah, semua hasil penat lelah ayah selama ni Allah dah bagi kemenangan dengan bantuanNYa...

Sabtu malam lepas ayah nak sangat ke jubli perak ada jamuan rakyat sempena kemenangan, pakcik salahudin ayub nak jmpe borak2 dan pak ungku nak jmpe ayah bagi ubat, tapi ayah tak larat sangat nak ke sana.. mungkin takde jodoh ayah nak jmpe sahabat2 baiknya..Selepas 2 majlis di rumah hari sabtu,15mac, ayah nampak sangat penat, tapi masih lagi ke sana ke mari.. selalu sangat tak nak susahkan anak2.. pukul 3 pg isnin, mak kejut, kata ayah sakit dada, nak ke hospital, mak kata ayah tak kasi ikut.. ayah yang drive sendiri kereta ke hospital, begitulah ayah, selalu sangat nak buat kerjasendiri dan tak nak susahkan sesiapa.. dan masuk CCU di hospital muar, barulah mak suruh datang hspital..5 hari bersama ayah di hospital, barulah boleh pegang lama-lama tangan ayah, baru boleh urut2 selalu kaki ayah, bila fikir2, bukan ayah yang sibuk juga, tapi kesibukan kita juga yang menyebabkan sangat kurang masa bersama ayah.. :

( moga Allah ampunkan dosa2 anak ayah ni..mak cerita, rupanya2 ayah dah berjumpa dengan 'lelaki berjubah' lambai dan senyum2 pada ayah masa ayah di CCU..terubat juga melihat wajah jenazah ayah yang senyum dan berpeluh-peluh,.. semacam ayah masih ada lagi bersama kami..Tersentuh juga bila k muna cerita mimpi arwah ustaz fadzil semasa kemas2 bilik.. moga2 ayah dapat bertemu dengan arwah di sana dan jumpe ngn sahabat2 ayah dalam perjuangan.arwah us fadzil dapat sambut ayah, sahabat kesayangan ayah sehingga ayah buatkan puisi utk arwah ustz fadzil dan selalu sahaja sebut2 namanya..Esoknya, ustaz zaria, mengikut ayah meninggal dunia dalam tidurnye... moga berjumpa juga di taman firdausi..

Setelah ayah pergi, diri menahan rasa sedih, biar mak tak nampak anaknya menangis.. sahabat2 ayah datang dari jauh dan dekat, tak putus2 sehingga hari semalam (ahad).. sabtu sehari selepas ayah ,meninggal, baru boleh nangis sepuas hati.. lebih sebak lagi bila amik kereta ayah di hospital, masih ada lagi bahan2 PRU dalam kereta ayah..Kepada sahabat2 ayah yang susah senang bersama ayah, memahami ayah, mempercayai ayah, terima kasih diucapkan..kepada semua kawan2 ayah, maafkan ayah seandainya ayah ada kesalahan dan kekurangan, kepada yang masih berhutang dengan ayah, tlg bagitahu..

Yang mendoakan ayah, yang menziarahi ayah di kala ayah hidup dan lebih2 lagi setelah ayah meninggal dunia,terima kasih tak terhingga..Terima kasih kepada sahabat2 rumah, sahabat2 sebatch, sahabat2 sejohor dan sahabat2 nisa' yang disayangi semua dan semua nya yang tak dapat disebut disini atas doa,ziarah,ucapan takziah dan kasih sayang sahabat2 semua kepada kami sefamily..

Ayah, tenanglah di sana, seperti kata sahabat ayah di perkuburan, rehatlah mail...Pengakhiran talqin yang us kasim baca diperkuburan diakhiri dengan 3 kali takbir, melambangkan itulah perjuangan ayah dan pengakhiran hidup ayah juga..Ayah, kami usaha untuk sambung perjuangan ayah dan kebaikan yang banyak telah ayah buat, sebagaimana pesan sahabat2 ayah, "teruskan perjuangan ayah, contohi kebaikan yang ayah dah buat, ayah mulia kerana mendapat hamparan jumaat kepadanya..'

Maaf atas coretan dan kata2 yang banyak kekurangan..Doakan kami anak-anak ayah jadi anak soleh solehah dan mak sentiasa tabah dan sabar..-coretan anak pejuang-dijahiskhaDIJAH ISmail

PascaPRU12: Ini Akibat Persempadanan Pilihanraya UMNO

asm,

1. tulisan ini bukan bertujuan untuk menikam keris umno kpd umno kembali. tetapi oleh kerana terlalu ramai yg mengeluh, melayu hilang kuasa, umno hilang kuasa etc, saya ingin membawa pembaca kpd sejarah. Kita tak perlu pergi jauh. Kita hanya perlu pergi 10 tahun yang lalu.

2. Sebelum 1999, sempadan pilihanraya adalah hampir mengikut keturunan. Pada masa itu org cina dilonggokan beramai ramai disatu tempat. Orang melayu pula diberi banyak kerusi. Pada masa itu, kiranya orang melayu pandai memilih, mereka akan mendapati bahawa pemerintah merupakan orang melayu yang kuat dan pembangkang juga merupakan pembangkang melayu yang kuat.

3. Malangnya ketotokan orang melayu, pada setiap pilihnraya, orang melayu hanya tahu memilih umno. Hingga timbullah bidaah bahawa hanya umno yang tahu memerintah. Hari ini kita juga tahu pemimpin umno amat pandai menghabiskan harta negara.

4. Kemudian datang tahun reformasi tahun 1998. Pada tahun berikutnya, tahun 99, PRU10 berlaku. Orang melayu pada masa itu berduyun duyun meninggalkan umno. UMNO terlentang kerana mata hitam@lebam pada masa itu. Cuma nasib baik pada masa itu orang cina pula yang membantu umno bernafas. Umno masih menang dengan nyawa nyawa ikan. Dan orang cina lah yang membantu umno.

So jangan lupa bahawa orang cina pernah membantu umno. Pembangkang pada masa itu tidak sedikit pun memarahi orang cina. Pada PRU tersebut antara yang mendapat keuntungan ialah PAS dengan mula mendapat pengaruh dan kerusi kerusi di parlimen terutamanya.

5. Antara insiden nyata bagaimana orang cina menyokong umno dan orang melayu ialah pada satu majlis pilihanraya dirumah PM Mahathir, hampir tidak ada orang melayu yang datang. Yang datang majoritinya orang cina dan juga juak juak mahathir. Itu menunjukkan bagaimana larinya orang melayu dari umno.

6. Pada tahun 2001-2002, kerajaan umno yang memerintah mula membuat persempadanan semula. Dengan teori bahawa orang cina akan sentiasa menyokong BN dan orang melayu tidak boleh dipastikan undi mereka, maka persempadanan semula telah memberikan Undi Penentu kepada orang bukan Melayu. Ianya mudah utk dilakukan. Ianya dilakukan dengan meletakkan kebanyakan tempat, undi melayu dalam lingkungan 65% dan 35 undi bukan melayu. Dengan itu keputusan pilihanraya akan ditentukan oleh undi orang bukan melayu. Persempadanan semula ini juga untuk memastikan PAS tidak berjaya didalam sebarang pilihanraya.

7. Pada hukum adatnya, dengan berbuat demikian, umno telah design satu persempadanan yang akan membuatkan umno akan menang sehingga hari kiamat. Tetapi manusia merancang tapi Allah ada perancangan nya. Siapa sangka dengan apa yang berlaku pada PRU 12 ini. Ini menunjukkan bahawa utk orang Islam, iman ilmu pembacaan dan amal akan boleh merubah hati. Begitu juga utk orang bukan islam, nilai yg baik, ilmu pembacaan yg luas membuatkan mereka tidak jijik untuk mengundi PAS.

8. Ini juga menunjukkan kerakusan umno utk terus mendapat kuasa telah memakan diri mereka. Mereka sepatutnya memikirkan bahawa persempadanan yang terbaik ialah memastikan pemerintah melayu islam yang kuat dan pembangkang melayu islam yang kuat. tetapi kerana rakus, ianya dimusnahkan dengan memberi orang bukan islam sebagai 'decider'.

9. Tetapi kita bersyukur dengan konsep 'nilai murni sejagat', memperjuangkan keadilan, jijik dgn rasuah dan kerenah pemimpin lupa diri, rakyat negara ini samada melayu cina india tidak segan dan tidak jijik utk mengundi pas pkr dan dap. cuma malang sedikit dap yg over excited (bukan dap tapi LKS dan LGE) telah sedikit spoil the party. Tapi jgn marah LKS sahaja kerana bekas menteri yg tak mahu turun juga biadap di perlis.

10. Penutupnya, keputusan PRU12 kali ini juga disebabkan persempadan yg telah umno design utk memastikan mereka menang hingga kiamat. Cuma pada kali ini SENJATA MAKAN TUAN.

Wallahualam.
hamdy.

Anak Kecil Main Api, DEB. Kerusi Melayu

1. Selamat bertemu kembali

2. Saya generasi anak kecil main api dan juga produk deb. Masa anak kecil main api dinyanyikan didewan SMSJ, air mata saya mengalir laju. Kawan kawan lain masih sengeh sengeh lagi ketawa. Mungkin kematangan saya agak cepat berbanding kawan kawan yg masih main guli. Itu menyebabkan airmata saya mengalir. Tapi sekarang YB YB umno lah yang membakar jari jari melayu!

3. Saya tidak sebijak mana. Dapat score agg 15 spm, tapi lepas tu diberi peluang dgn baik. Now satu contoh zaman ini, cuma tak sedap nak cerita sebab dia anak saya. Anak ini adalah hasil dari anak kelas lompat, PTS, kemudian score saja dari upsr, pmr dan spm 10A. Kemudian masuk matrikulasi score 3.71. Kemudian minta biasiswa kesana kemari. Tak dapat satu pun. Mungkin sebab bapak dia kot. Anak ini degil, disuruh minta PTPTN dia buat diam je, dia buat lengah. Terpaksa lah bapaknya support apa yg ada. Satu masa nak bayar duit Sem dia pun tak ada. Kena korek sana sini. Then selepas 18bulan, barulah dapat tawaran dari biasiswa dari baitulmal atas dasar cemerlang akademik. Itu pun dapat last minit, mungkin calon sumbat. Sebab orang lain semua dah terima surat, dia tak dapat surat. Cuma diberitahu 2 hari sebelum anugerah. So itu dia DEB style baru. Kalau anak cemerlang pun, sebab bukan UMNOputera, maka anak itu dizalimi. Saya tidak ada kabel. Saya cuma ada kefahaman dan pengertian ayat seribu dinar.

BTW, masa saya lepas SPM, skandal BMF hong kong berlaku dimana duit hilang begitu banyak hingga boleh diatur meliputi semenanjung malaysia.

4. Tiba tiba ramai tersentak. Melayu dah kurang kerusi. Yg dimarah ialah PAS, PKR, DAP. Bagi kami pula, kami yg memperjuangkan keadilan, ketelusan, pembaziran, korupsi,kenapa yang kena marah. Kenapa kalian yg marah dengan kerusi umno yg berkurangan tidak bangun lebih awal. Kenapa kalian tidak sentap dan sentak kerusi kerusi empok YB YB UMNO itu terlebih dahulu. Kenapa tidak dibaling batu, kereta kereta besar menjalar mereka. Kenapa diberi majoriti terlalu besar pada 2004. Kenapa tidak ada orang umno demo di istana datuk Z.

KENAPA TUNGGU KAMI dibelasah, dipenjara, disembur dgn kimia, baru kalian tersedar bahawa kuasa melayu dah berkurangan. Orang melihat ada darah dikepala hanya semata mata mahu mengatakan kenaikan minyak adalah keterlaluan. Dan mereka inilah yg memberi undi kepada kami. Kenapa marah orang yg memberi undi kepada kami. Darah member yg kena itu tidak sia sia.

Kenapa pula jadi macam pemimpin umno penang, yg tersentak, yg tiba tiba susah dapat kontrak, bangun mengatakan itu dan ini. Berpuloh tahun umno punya say di penang, tapi kemana perginya agenda melayu hingga melayu terpinggir di penang.

Having said that, kami menyedari undi yg dapat adalah undi tidak kekal dan undi protes. So kalau kalian pejuang melayu jgnlah bimbang sgt. 4 tahun tak lama. kalau kami buruk, tendang kami jauh jauh. tapi jangan pulak kalau kami baik, tapi kerana totok kepada umno kalian masih undi umno. Di dunia kalian lepas tapi diakhirat kalian kena menjawab kerana masih memilih mereka yg tidak ada akhlaq islam.

5. Adakah kalian pencinta melayu terlalu lalai dengan kerusi empok dan hawa dingin pejabat kalian? Maka setelah berubah, maka baru kalian tersentak. Now, kalian hanya perlu bersabar selama 3-4 tahun. Kalau melayu makin kurang masuk universiti, atau melayu tak dapat kontrak then tendang Barisan Rakyat BR nanti. Tapi pastikan BN itu juga bertukar. Kalau BN itu masih lagi pelahap macam sekarang then bagaimana. Kalau Rosmah itu control bagai nak rak macamana. Malam tadi seorang rakan yg dapat kontrak di Mindef, dah nak sign, tapi sebab kroni rosmah tak dapat, then cancel semua. Kalau semua ini tak bertukar then jangan terperanjat BN UMNO kesayangan kalian akan kena tendang keluar oleh org lain.

Ini masa BN nak buat cleanup rumah mereka. tapi sape yg nak clean up? Najib?...wahhhh nangis i. Muhyiddin? bukan ke muhyiddin pengkhianat org johor. sebut sape lagi yg boleh menjunjung perjuangan melayu itu. Kalau abg ipar saya berumur 75 tahun, totok umno, tiba tiba mengundi lain pada kali ini apa ceritanya !!! Itu menunjukkan pejuang melayu yg kalian harapkan telah menjadi HAMPAS KELAPA. Kalian perlu mencari pejuang ISLAM MELAYU yg baru. Bukan pejuang perut. Bukan Pejuang Kontrak. Bukan bila dapat pencalonan YB, dia nampak kekayaan.

6. Kata tok guru nik aziz,kalau betul islamnya umno itu, then tak perlu PAS. Kalau setakat nasionalis melayu yg tak ada aklaq islam, ianya hampir sama dgn jahiliyah arab yg nasionalis. Pergi cari dalam quran, negara yg barakah. Belajar dan tambah ilmu islam. Kalau tak tingkatkan ilmu dan amal islam, maka pemimpin macam najib itu lah layaknya kita dapat. Saya tak pasti kalau PM baru beristerikan rosmah akan membawa negara ini kepada negara barakah. Najib memang smart, tapi kita takut rosmah lagi rakus dan smarter.

PRU 13: 36 Bulan Lagi

asm,

Ramai orang menganggap pilihanraya ke 13 akan datang, akan diadakan 4 tahun lagi. Kalau di Australia, pilihanraya pada setiap 3.5 tahun ini agak biasa.

Saya menjangkakan pilihanraya ke 13 akan diadakan dalam 36 bulan lagi. Kenapa?

BN akan membuat kaji selidik dalam tempoh 6 bulan ini. Kemudiaannya pelaksanaan akan mengambil masa 24 bulan. Apa yg dilakukan adalah berdasarkan quickwins utk memenangi kembali hati pengundi umno yg telah lari dan pengundi atas pagar.

Kemudian 6 bulan lagi digunakan untuk mengkaji penerimaan dan samada boleh menang atau tidak jika PRU 13 diadakan. Selepas 36 bulan, semua YB YB telah layak menerima pencen oleh itu tidak akan ada tentangan dari YB utk dipilih semula.

So watch out, 36 bulan lagi.

hamdy

Terima Kasih Daun Keladi

selamat bertemu kembali.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada undi undi pembaca, Terima Kasih Daun Keladi, 3 tahun lagi nak minta lagi.

Saya tidak mewakili sesiapa. Saya hanya mewakili perjuangan yg ingin saya tegakkan. Perjuangan saya adalah perjuangan penegakan syariah. Tapi untuk sementara waktu ini, adalah cukup baik dengan perjuangan menghantar mereka mereka yang insyallah ikhlas ke meja kepimpinan. Banyak cabaran dan liku untuk 3 tahun kehadapan. Itu kami tahu. Tapi bagi lah sedikit masa untuk kami menghirup nafas udara segar setelah hampir 1 bulan solid di ground. Kita tahu DAP terkinja kinja utk spoil the party, tapi itu insyallah adalah teething problem yg perlu di negotiate kan. Semua orang marah pada Lim Kit Siang, tapi kesihanilah dia, setelah hampir 30 tahun dia berjuang, tiba tiba menang, so emosi dan darah tingginya juga naik. Dia berpijak di bumi nyata bila memohon maaf pada Sultan Perak. Patut patutlah bila membaca utusan malaysia yang mula membakar semangat totok melayu tersebut.

Terima kasih kepada undi undi saudara kepada barisan alternatif pas, pkr maupun dap.

Untuk yg masih kekal dgn BN, mungkin kalian masih ingin memerhati. Ada 3 tahun lagi utk pemerhatian terhadap BN dan juga memerhati kerajaan BA. Saya memohon maaf jika kalian tidak mengundi kerana tulisan tulisan saya yg berapi. Saya memohon ampun kepada Allah dan kepada kalian. Kadang kadang emosi street fighter itu amat tinggi, kerana emosi itu di jemur ditengah tengah panas berhadapan dengan topi merah, siput babi dan sebagainya. Saya mohon maaf.

Insyallah...di beri ruang oleh Allah, saya akan terus menulis.

hamdy