Sunday, February 3, 2008

MENJELANG PRU12: UNDI ANDA TETAP RAHSIA.

MENJELANG PRU12: UNDI ANDA TETAP RAHSIA.

[Mohon di Sebarkan pada rakan rakan anda dengan seluasnya]

1. Pilihanraya ke 12 nampaknya begitu hampir sekali. Kabarnya ada orang yang meminati nombor 13, maka ianya akan dimulakan atau ditutup dengan 13. Kalau mengikut Islam, kepercayaan kepada perkara seperti nombor yang memberi nasib yang baik adalah satu khurafat. Oleh itu sebagai jalan selamat, kita boleh lah mengatakan, kerana minat sangat terhadap sesuatu nombor maka banyak perkara mahu dilakukan berdasarkan nombor itu atas dasar suka suka.

2. Setiap kali pilihanraya akan ada pertanyaan “Adakah Undi Saya Rahsia?” atau “Bolehkah Undi Saya Di Ketahui Orang?”. Saya tidak mengetahui kenapa persoalan itu di war warkan hampir setiap kali pilihanraya. Mungkinkah orang yang bertanya itu tidak pernah mengundi. Mungkin juga orang itu tidak pernah mengetahui proses pengundian. Atau ADAKAH MUNGKIN ORANG BEGITU DILETAKKAN untuk menakut nakutkan bakal bakal pengundi dengan mengurangkan keyakinan bahawa undi itu rahsia?

3. Saya lebih suka pada pendapat yang terakhir. Bagi saya akan ada orang yang mahu supaya ramai pengundi merasa was-was dan merasa curiga bahawa pada akhirnya kertas undi mereka akan diketahui dan siapa mereka undi akan diketahui. Maka pengundi jenis ini akan takut untuk membuat pilihan yang wajar dan kemungkinan pengundi ini akan mengundi dalam keadaan hati terpaksa. Apa lagi jika mereka terikat dengan perkara perkara seperti AKUJANJI atau pun membuat perniagaan kecil yang bergantung kepada sesuatu pihak. Sudah tentu pengundi tidak akan merasa selesa dan merasa bimbang dan mungkin ada yang merasa takut.

4. Saya ingin menegaskan kepada pembaca sekelian bahawa UNDI TUAN DAN PUAN ADALAH TETAP RAHSIA. Oleh itu jangan takut untuk mengundi sesiapa pun.

Tidak ada siapa yang tahu, siapa dan parti mana yang anda pangkah. Sila ikuti penerangan saya mengenai proses pengundian selepas ini. Walaupun saya bukan orang yang berautoriti untuk menerangkan, saya merasakan satu kewajipan saya untuk berkongsi pengetahuan saya. Nak dapat orang yang berkewajipan menulis di dunia internet ini, amat susah kerana sebab masing masing. Dan kalau yang pandai pun, mungkin telah berumur, oleh itu internet ini alien untuk mereka. JIKA SAYA MEMBUAT KESILAPAN, anda yg tahu perlu membetulkan dgn reply pada tulisan ini.

5. Pertamanya, sebelum hari mengundi, jangan sekali kali menyerahkan kad pengenalan anda pada sesiapa. Kad pengenalan itu mesti sentiasa berada dengan anda. Jika anda tersilap langkah, maka peluang anda mahu mengundi akan berakhir. Jika Kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen ditempat itu adalah Kerusi Panas, maka anda lebih perlu berhati hati.

6. Satu dua hari sebelum hari mengundi, anda mungkin menerima cetakan maklumat daftar pemilih anda. Parti Politik yang bertanding selalunya akan mengedarkan maklumat ini. Disitu akan di catatkan No siri daftar pemilih anda, No Kad Pengenalan, Nama Anda, Dimana Anda Mengundi dan Nombor Saluran.

7. Apabila anda telah yakin dengan maklumat, terutama maklumat dimana anda mengundi, dan anda tahu Nombor Saluran, maka pada hari mengundi anda tidak perlu ke kaunter SPR atau ke kaunter parti politik diluar pagar. Anda boleh terus masuk pintu pagar kawasan tempat mengundi dan terus menuju dimana saluran tempat mengundi anda ditempatkan. Jika anda tidak pasti Nombor Saluran anda, anda perlu pergi ke kaunter SPR diluar tempat mengundi. Jika anda pergi kekaunter SPR, anda sudah pasti akan beratur dua kali. Itu sebab ada baiknya untuk terus pergi ke Saluran mengundi anda.

8. KATAKAN lah, anda menghadapi masalah dengan tempat mengundi dan nombor saluran anda. Atau apabila anda pergi ke kaunter SPR, nama anda tidak ada dalam senarai. ATAUPUN apa apa masalah yang boleh mengganggu hak anda untuk mengundi. JIKA ini berlaku, saya mencadangkan anda TERUS PERGI KE KAUNTER BN di luar pagar. Tidak kiralah siapa yang anda ingin undi, dan tidak perlu diberitahu pun. Terangkan kepada mereka, isu anda, dan Insyallah mereka akan berusaha dengan hebat untuk memastikan anda dapat mengundi. Akan ada yang bertanya kepada saya, kenapa pergi ke kaunter BN. Saya tidak mahu menjawab disini.

9. Kiranya anda tiada apa apa masalah, maka anda telahpun beratur untuk mengundi. Apabila tiba giliran anda, Kerani Tempat Mengundi akan meminta Kad Pengenalan Anda. Beliau akan menyebut dengan kuat, No Daftar Pemilih anda, Nama Anda, No Kad Pengenalan anda.

10. Sekiranya tidak ada bantahan dari Polling Agen Parti yang bertanding didalam bilik mengundi itu, Kerani akan menggariskan nama anda, kemudian mengoyakkan kertas undi Parlimen dan kertas undi DUN dan diberikan kepada Anda. Untuk PRU12, kabarnya Kerani akan menitikkan DAKWAT HITAM ke kuku anda. {negara lain celup, negara kita ...titik aja, kabarnya ...jimat cermat). Kemudian anda bergerak ketempat membuang undi.

11. Anda memangkah apa yang patut, dan kemudian lipat lah dengan baik, mungkin lipat empat supaya tidak terbuka bila dimasukkan kedalam peti undi. Kabarnya peti undi kali ini adalah transparen. Lipat lah dengan baik, takut takut kertas undi anda terbuka dan dunia mengetahui siapa yang anda pangkah.

12. Anda pun melangkah keluar dari bilik mengundi, boleh balik rumah dan tidur. Masa mengundi akan tamat pada jam 5.00 petang.

13. Pada pilihanraya 2004, sebelum kerani mengundi memberikan kertas undi kepada anda, beliau akan menulis no siri counterfoil buku undi keatas kertas undi anda. INI TELAH MENYEBABKAN PARA PENGUNDI MENJADI BIMBANG YANG AMAT SANGAT, takut kalau kertas undi mereka boleh di kesan atau di trace balik, kerana ada nombor siri diatas kertas undi yang akan dimasukkan kedalam peti undi.

Untuk PRU 12 ini, PERKARA INI TELAH DIBATALKAN. BERMAKNA, kerana dibilik undi, TIDAK BOLEH MENULIS APA APA diatas kertas undi anda. Ianya telah dibatalkan semenjak dari pilihanraya kecil Ijok. Ada satu dua tempat mengundi di Ijok yang telah mengamalkannya lagi tetapi telah dibantah keras oleh Pemerhati Pilihanraya MAFREL. OLEH ITU TIDAK ADA LAGI SEBARANG TULISAN ATAU NO SIRI DIATAS KERTAS UNDI ANDA. UNDI ANDA TETAP RAHSIA.


CARTA PROSES MENGUNDI
1
-Anda masuk kawasan mengundi.
-ke meja SPR atau
-terus ke saluran mengundi & beratur

2
-kerani ambil IC , -sebut nama anda dgn kuat, -garis nama anda jika tiada bantahan
3
kerani koyak kertas undi DUN&Plmen. Titik dakwat di jari &beri kertas undi pd anda,

4
anda ketempat buang undi, pangkah, lipat dgn baik, masuk kertas dlm peti undi DUN & Plimen & keluar.


Dari Proses Diatas Tidak Ada Tanda Tanda Undi Anda Tidak Rahsia

Keyakinan bahawa undi anda adalah rahsia adalah amat penting untuk memastikan anda dapat membuang undi dengan rasa selesa dan aman tanpa ada ketakutan bahawa akan ada orang yang boleh mengesan undi anda.

Proses seterusnya ialah proses pengiraan undi yang akan saya terangkan kemudian, untuk mengelakan penulisan ini terlalu panjang. Insyallah.

Menanti Pemimpin Silap Cakap


Majoriti rakyat Malaysia pada hari ini menanti nanti pengumuman pembubaran parlimen, terutama mereka yang terlibat dalam medan politik. Walaupun gendang perang pilihanraya telah mula diketuk, bunyinya masih lagi dalam keadaan perlahan.

Saya pula tidak menanti mimpi perdana menteri. Kita tahu perdana menteri sedang menunggu mimpi indah, sebelum mengumumkan pembubaran parlimen. Saya buat masa ini menanti nanti akan pemimpin pemimpin Barisan Alternatif tersilap cakap. Dengan para wartawan bertungkus lumus mengejar setiap pemimpin BA, dengan masing masing sudah menyediakan soalan yang keluar dari minda mereka, para wartawan ini akan menyerbu pimpinan BA untuk membuat kenyataan. Ada soalan soalan yang turun dari langit yang bernilai emas. Soalan soalan ini walaupun telah berkali kali ditanya, ianya tetap akan ditanya lagi. Para jurugambar media sememangnya bersedia untuk mengambil gambar atau filem pemimpin pemimpin ini.

Sudah tentu akan ada pimpinan BA yang akan tersilap cakap. Mari kita ambil Menteri Besar Kelantan sebagai contoh. Menteri Besar Kelantan ada lah seorang yang amat dihormati. Tetapi kita juga tahu ada kalanya beliau membuat kenyataan yang agak menarik. Sekali dengar kenyataan nya berbunyi pelik, tapi bila difikirkan dengan dalam banyak kenyataan beliau ada kebenarnya. Tetapi kita mesti ingat, tidak ramai rakyat Malaysia yang mahu berfikir atau sempat berfikir. Cabaran mencari rezki dan tekanan hidup hasil dari kemenangan total pihak BN pada 2004, mencengkam mereka. Maka tidak ada masa untuk mereka berfikir lebih dalam. Mereka hanya mengambil apa yang tersurat, dan tiada masa untuk memikirkan yang tersirat.

Kita kena faham, Menteri Besar Kelantan banyak membuat kenyataan. Dengan wartawan yang sentiasa mengejar dan dengan jurugambar yang sentiasa bersedia, beliau akan ditunggu tunggu masanya untuk membuat kenyataan yang silap. Apabila ini berlaku, akan bersorak lah media dan mungkin akan cepatlah pengumuman pembubaran pilihanraya.

Kita juga kena faham, bukannya pimpinan BN tidak membuat silap. Malah jika wartawan dan jurugambar sentiasa mengejar, orang yang tertidur didalam mesyuarat dan perhimpunan juga boleh diambil. Cuma, ada orang yang bernasib baik, paling kurang didunia fana ini, kerana kesilapan mereka akan ditutup rapat oleh media massa.

Apabila kita mendengar kesilapan pimpinan BA membuat kenyataan akhbar, kita tidak perlu marah marah. Mari kita ”Enjoy the Show” kerana itu bermakna pesta satu bulan akan bermula.

Hamdy.

SAYANGKU, Jangan Tunggu Negara Kita Bankrap.


SAYANGKU, Jangan Tunggu Negara Kita Bankrap.

Sayangku, kau menuduh puak puak yang memprotes seperti Dr Lo Lo Ghazali, Dr Badrul Amin, Dr Hatta Ramli, Dr Zulkifli Ahmad dll cuba memecahbelahkan negara .

Aku terkedu, terdiam sebentar memikirkan tuduhan berat Sayang itu.

Sayangku,

Negara kita kaya, maka kalau berlakunya rasuah kita masih lagi berdiri. Billions RM hilang begitu saja kerana corruption. Hampir 1 billion hilang di lumut, tanpa diketahui kemana perginya (untraceable). Projek projek dinegara kita paling tidak 30-40% lebih tinggi dari harga pasaran kerana rasuah. Projek kapal selam, berapa ratus juta yg overprice.

Sayang membuat tuduhan, bahawa puak protes hendak meranapkan negara. Tapi Sayang perlu sedar bahawa majoriti pemimpin yang Sayang undi dan kerabat kerabat mereka itulah yg meranapkan negara sedikit demi sedikit.

Kalau hadis Rasullulah mengatakan, cegah lah kemungkaran dgn cara ......., maka orang orang yg Sayang tuduh meranapkan negara itu, melakukan salah satu dari cara yang Rasullulah cadangkan dalam mencegah kemungkaran.. Kalau tidak kerana puak puak protes ini, yang memberi tekanan dalam isu isu mcm V Lingam, maka orang orang macam kita tidak tahu betapa busuk dan bertaik nya, dibawah sana.

Kalau pihak protes tidak mendedahkan, maka kita tidak tahu bahawa PM dapat kapalterbang baru tapi agensi lain yang kena tanggung.

Sayangku,
Jangan tuduh sembarangan. Jangan tuduh pihak protes mahu meranapkan negara. Mereka yang Sayang tuduh itu hanya berusaha agar perkara dibetulkan dan kalau pun negara ini nak diranapkan oleh pemimpin pujaaan Sayang, maka mudah mudahan tidak dilakukan dlm generasi mereka.

Ingat, jika tidak ada pihak protes, yang Sayang tuduh meranapkan negara, maka bala akan datang.

Seorang imam pernah menyampaikan kepada abang, diAdelaide bahawa Rasululluah berkata (lebihkurang) "apabila tiga orang diantara mereka, semuanya tidak menegur kemaksiatan, maka jagalah ..." Tiga org disitu lebihkurang dimaksudkan satu kumpulan kerana sunnah Rasullullah apabila tiga org bermusafir, maka hendaklah dilantik seorang ketua diantara mereka.

Sayangku,
Orang yg Sayang tuduh nak meranapkan negara itu, adalah berbuat sesuatu untuk mengatakan dan mewakili, antara 38-45% rakyat pemilih yang tidak mengundi BN di 2004 dan menghampiri 48% pada undi 1999.

Mungkin, mereka tidak mewakili Sayang. Tapi hampir 40% rakyat itu suka dan gembira bila ada kumpulan yang sanggup kedepan mengatakan kebenaran dan memberitahu kemungkaran. Kita merasakan, utk pilihanraya 2008, paling tidak 45% lagi rakyat pemilih akan mengundi puak puak ini. (walaupun 45% itu not translated into parliment or state seat..that is another issue).

Mereka gembira, paling tidak dalam hati mereka, ada kumpulan protes yg sanggup kedepan, walau dibelasah, di tembak air kimia, di lockup, dan ada yg di ISA, kerana secara langsung atau tidak, rakyat dan mereka ini mendapat kebaikannya. Dr Hatta itu paling tidak mewakili 28ribu dari 80 ribu undi parlimen di gombak (35%).

Sayang, dimana hilangnya duit subsidi minyak selepas subsidi minyak di tarik. Kalau Sayang kata bila ada jenayah, ada yg menyalahkan kerajaan. Ok, mungkin itu boleh diterima kerana ianya indirect pada kerajaan walaupun kita tahu bahawa masalah hati adalah dlm kuasa Allah. Maka apabila Negara menjadi Negara Barakah, maka Allah akan menjaga hati hati manusia. Maka kalau Allah tarik Barakah itu, siapakah yang akan menjaga hati hati manusia.

Tetapi Sayang, apabila duit duit negara, dalam isu seperti petrol vessel di lumut, pembinaan submarine, subsidi minyak, pembelian kapalterbang baru utk PM, harga harga projek yang 30-40% lebih mahal dari harga biasa, projek2 yg diberi kepada keluarga contohnya projek lebuhraya hulukelang ke jln duta yg diberi pada keluarga pak menteri, projek projek besar yg sekarang dibolot oleh anak menantu (yg inflated the price), dan banyak dan banyak lagi.

Pemimpin2 kesayangan Sayang lah yg menyebabkan anak anak graduan yg belum bekerja terus telah ada hutang 20-30 ribu seorang. Pemimpin kesayangan Sayang juga lah yang menyebabkan anak anak graduan yg baru terkial kial mahu hidup, dikejar oleh PTPTN. Pemimpin kesayangan Sayang lah, yg menyebabkan billions duit hasil petronas tidak tahu kemana perginya, sebab hanya PM yg tahu. (maaf tak tahu nape tulisan para ni jadi besar..bukan sengaja)

Tidakkah Sayang rasa tertipu dengan isu pembatalan yuran sekolah baru baru ini. Bukankah bila pak menteri tertekan, dipulangkan balik isu itu kepada ibubapa, seolah olah ibubapa tidak mahu bertanggungjawab. Tidakkah Sayang lihat muka dan gerak badan pak menteri didalam TV kesayangan Sayang.

Sayang mungkin tidak setuju, tapi jangan mudah menuduh mereka nak meranapkan negara.

Sayang,

Tingkatkanlah ilmu, amal dan pembacaan terutama mengenai perspektif islam dalam kepimpinan, keadilan, mencegah kemungkaran. Lihat lah kembali pemimpin dan ulama besar Islam yg dahulu yang juga dipenjara kerana mengatakan kebenaran. Lihat iman Ahmad hambal(mazhab hambali), ibnu taimiyyah, ibnu qayyim azjauzi, umar mukhtar yg menentang kezaliman, imam hamka di indonesia (kontemparari), Abdul Qadir Audah, Assyahid Ahmad Yassin & Rantisi ...Hassan Al Banna yg di tembak, Zainab Alghazali-perempuan mesir yg diseksa oleh anjing anuar sadat, dan banyak lagi pejuang islam yg lebih bertakwa yg berjuang yg dipenjara ...

Sayangku, jangan lah kau dilalaikan oleh RTM, TV3 dan Utusan Malaysia...

Sayang,
Moga moga satu hari Sayang akan nampak bahawa satu golongan manusia rakus sedang memimpin negara kesayangan Sayang, aband dan mereka, kearah satu jurang yang sungguh menakutkan..

Sayangku, Hari ini negara kita masih kaya, tetapi untuk sedar, kita tidak perlu menunggu hingga negara bankrap dan kita & anak anak menjadi lapar.

My Dear Sayang.

Dari Abang Yang Menyayangi..
__,_._,___