Friday, November 30, 2007

Indahnya Piliharaya Di Australia

Tulisan seorang sahabat dari bumi kangaroo..

Pilihanraya Australia: Khabar dari seberang

Minggu lalu rantau Asia-Pasifik menyaksikan satu lagi perubahan kepimpinan. Rakyat Australia selama 13 tahun berada dibawah kepimpinan John Howard terpaksa menidakkan beliau untuk menjawat jawatan tersebut untuk kesekian kalinya. Namun kata-kata John Howard sebaik selepas mengumumkan kekalah beliau dan juga partinya harus dihormati. Katanya,

"I take full responsibility for this campaign and I therefore accept full reponsibility for the defeat in this election, but I’m proud to left Australia prouder and stronger and more prosperous

Kata-kata tersebut sekaligus menutup suasana kekalahan dan wajah muram Parti Liberal. Rakyat Australia tidak dapat menafikan akan kebenaran ucapan tersebut, namun demi masa depan Negara mereka memilih untuk melihat kepimpinan yang lebih segar dan berwawasan jelas.

Perdana Menteri terpilih, Kevin Rudd yang baru menduduki kerusi sebagai ketua pembangkang tidak lebih dari 10 bulan, susulan dari itu telah menyambut kata-kata John Howard,

“ John Howard has done a great job to Australian, but we are going do a greater job for Australia ”

Semangat pilihanraya yang tergambar melalui dua situasi ini setidak-tidaknya telah memberi wajah yang cukup jernih terhadap semangat pertandingan didalam pilihanraya. Malah ia juga memberi gambaran yang cukup jelas, bahawa sistem pilihanraya yang dijalankan begitu diyakini bersih tanpa ada sebarang singgungan daripada dua watak utama yang bertanding, yang menang atau kalah. Rupa paras demokrasi menang kalah berpilihanraya di bumi kangaroo ini seharusnya dilihat serius oleh pengamat politik tanahair

Melihat sendiri suasana kempen dan pilihanraya di bumi Australia ini merupakan pengalaman yang cukup manis. Saya hanya mengikuti perkembangan semasa pilihanraya melalui kaca TV, tidak melalui surat khabar, radio, internet atau media lain. Dan saya yakin media lain memberi liputan yang lebih menyeluruh dan terpeinci. Walaubagaimanapun, saya terpaksa akur yang perbincangan dan perbahasan di TV sahaja telah melengkapi setiap mesej yang ingin disampaikan oleh kedua-dua belah pihak. Keberkesanan dan kejayaan Parti Buruh perlu dilihat pada dua langkah yang saling berkaitan, yang pertama adalah stuktur demokrasi itu sendiri yang menjadi tunjang kepada pilihanraya yang adil lagi bersih dan yang kedua adalah keberkesanan kempen dalam memahami kehendak rakyat.

Memberi hak yang sama kepada sesiapa yang bertanding untuk berkempen melalui prasarana yang sedia ada telah memberi peluang kepada semua pihak atau parti mempopularkan mesej yang ingin diketengahkan. Kebebasan media untuk mengulas dan melapor menyumbang lagi kepada kempen pilihanraya yang sihat dikalangan parti. Yang paling menarik perhatian saya adalah debat terbuka atau apa yang digelar ‘Great Debate’ antara 2 calon utama kedua-dua parti (bakal PM), yang menjadi medan untuk menjaja visi dan kredibiliti individu dan parti. Disinilah tempat untuk masing-masing meyakinkan rakyat bahawa mereka adalah calon terbaik yang harus menjawat jawatan utama negara. Telahan mudahnya, inilah wajah mereka yang jelas ingin menerajui kepimpinan negara dan berani untuk merealisasikan peranan kebebasan bersuara. Berada dihadapan rakyat diatas pentas bersama pencabar untuk menjawab soalan-soalan kritikal, sekaligus menjadi kayu ukur yang terbaik buat pengundi. Rasionalnya, rakyat berhak mendapat maklumat secara langsung daripada calon, dan melalui program sebegini, matlamat itu dapat tercapai.

Spekulasi dan khabar angin merupakan sesuatu yang ganjil dalam suasana pilihanraya Australia . Kedua-dua parti yang mendapat liputan hampir saksama dalam media, barangkali menjadi faktor terpenting yang menyumbang. Setiap persoalan dan spekulasi cepat mendapat perhatian calon dan jawapan mereka akan mendapat tempat utama dalam media, menjadikan ruang spekulasi dan khabar angin semakin sempit. Suasana sihat ini secara tidak langsung mengurangkan wajah buruk pilihanraya yang kita sering hadapi yang penuh dengan khabar angin, fitnah serta caci maki.

Sebahagian kecil faktor yang disebut diatas sebenarnya menjadi tangga yang mengizinkan Parti Buruh menjalankan kempen berkesan mereka yang sekaligus membawa mereka pada kejayaan. Keberkesanan kempen Parti Buruh adalah penyumbang utama pada keputusan pilihanraya ini. Ditambah dengan kegagalan Parti Liberal menunaikan janji-janji pilihanraya lalu pula merupakan titik lemah John Howard dalam kempen kali ini. Rakyat Australia yang rata-ratanya jelas dengan apa yang mereka mahu daripada parti yang bakal memerintah. Isu-isu seperti tax benefit, workhoice law, childcare, education revolution dan beberapa isu lain adalah perhatian utama rakyat Australia , yang berjaya dimanupulasi dengan baik melalui kempen Parti Buruh. Ditambah pula dengan isu climate change, Iraq war dan world-class broadband, ia menjadi bonus kepada kempen Kevin Rudd secara keseluruhan. Memerhati secara dalam kehendak rakyat, dan berulangkali memberi penekanan terhadap isu penting inilah yang saya rasa meyakinkan rakyat untuk membuat pilihan.

Kempen Howard lebih bersifat umum, melibatkan ekonomi, kadar faedah (interest rate) dan pengangguran seolah-olah kempen yang lapuk pada pilihanraya kali ini. Usaha beliau mempertahankan peraturan baru pekerja awam (Workchoices Law), yang mendapat tentangan umum sebaik ia diperkenalkan seolah-olah mesej rakyat yang tidak dapat dibaca oleh Parti Liberal. Kebiasaan mempersendakan komitmen parti lawan pada beberapa isu merupakan antara tindakan merugikan dari segi masa dan komitmen. Dalam masa parti lawan sibuk berkempen, Parti Liberal terpaksa mengorbankan masa yang banyak menjawab isu-isu kritikal berkaitan pemerintahan mereka yang semakin tempang. Disebalik semua inilah, rakyat Australia telah membuat keputusan, dan tahniah kerana mereka telah menunaikan tanggungjawab.

Struktur demokrasi yang bersih dan membenarkan kebebasan media adalah ramuan utama pilihanraya Australia , keberkesanan kempen dan memahami kehendak rakyat dan memperjuangkannya adalah pelengkap kepada suatu parti yang ingin akan kemenangan, dan ia di lihat jelas pada pilihanraya Australia 2007. Namun faktor utama lebih dominan, dan kehendak rakyat untuk pilihanraya yang bersih adalah langkah yang paling bijak dan patut serta kena pada masanya. Rakyat Malaysia sudah lama bersedia, dan saya yakin Malaysia dapat menjadi contoh kepada sebuah Negara demokrasi yang baik jika tuntutan tersebut menemui kejayaan. Adakah kita mampu merubahnya? Segalanya bergantung pada KITA.

Friday, November 9, 2007

Persediaan Menghadapi Perhimpunan Aman

(peringatan dibawah sesuai untuk persediaan menghadapi mana mana perhimpunan awam, walaupun ini dikaitkan dgn perhimpunan BERSIH&AMAN.)

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,


Oleh Herman Samsudeen*

Perhimpunan 100 ribu rakyat pada 10 November bakal menjadi sejarah dalam tawarikh demokrasi Malaysia. Pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun. Himpunan ini kerana satu perkara yang kita semua sama-sama perlukan iaitu Pemulihan Demokrasi yang telah korup dan tercemar oleh kuku-kuku besi berwarna ‘Biru Tua’. Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan semua masalah dapat diselesaikan secara bersama.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan
Pakaian atau riben, topi, arm band berwarna kuning
Bendera Malaysia atau negeri masing-masing
Kad pengenalan
Air mineral, sedikit makanan atau gula-gula
Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
Kain tuala kecil untuk lap peluh atau tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata
Payung kecil untuk elakan hujan atau cuaca panas
Lampin, jika bawa anak
Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama & no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di himpunanrakyat@ yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan dibawa
Jangan bawa sebarang bendera atau logo parti atau organisasi anda bagi NGO
Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
Jangan bawa terlalu banyak wang atau barang yang tidak perlu
Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti molotov cocktail dan mercun.
Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
Jangan bawa anak-anak yang berumur 5 tahun ke bawah bagi mengelakan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan
Sebelum perhimpunan
Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa
Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini
Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi
perhimpunan. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.
Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.
Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, Pasar Seni atau Masjid Negara.
Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian
Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke arah Dataran Merdeka.

Semasa Perhimpunan dan perarakan
Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, Pasar Seni atau Masjid Negara) dan berarak beramai-ramai ke Dataran Merdeka.
Ikutilah arahan dari Unit Amal atau pimpinan BERSIH sepanjang program
Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan
Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di himpunanrakyat@ yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.
Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan
Elakkan mencerca atau memaki hamun semasa perhimpunan berlaku.
Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni
Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
Ikutilah laungan pimpinan jika perlu
Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan

Selepas Perhimpunan
Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai
Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di himpunanrakyat@ yahoo.com

Apa anda perlu buat jika Polis buat provokasi dan serbuan.
Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila Polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
Duduk jika pimpinan arahkan
Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.
Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan Polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan
Jangan banyak cakap dengan Polis. Diamkan dan tenangkan diri.
Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yan sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut.Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
Minta berjumpa dengan penguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar Balai jika anda ditahan,
Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah.
Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi Polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda buat selepas dibebaskan
Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
Ceritakan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan. Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan tekanan kepada perosak Demokrasi dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem demokrasi negara kita.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Herman Samsudeen adalah moderator Web Himpunan Rakyat :http://10nov. himpunan. info

Seloka: Ubah Sebelum Parah

Blog ini dirasmikan dgn seloka indah Keris Silau

Gelanggang Keris Silau
Ubah sebelum parah
Ubah demi maruah
Hentikan pemimpin rasuah
Hentikan pemimpin lemah
Tukar kerajaan Pak Lah
Sampai mereka tumbang kalah

Kami mahu pilihanraya bersih
Sebab SPR selalu pilih kasih
Ke atas Raja kami menjunjung kasih
Suara rakyat janganlah disisih

Umno bukan pejuang bangsa
Politik wang yang berleluasa
Supaya mereka terus berkuasa
Lupa kepada Yang Maha Esa

Mana ada lagi yang ikhlas
Semua projek mereka balas
Serupa aja bawah atau atas
Pantang tengok wang kertas