Monday, September 8, 2008

Sept16- Perubahan Tanpa Keganasan

Sept16- Perubahan Tanpa Keganasan

[Jika tidak keberatan, mohon fwd kepada kalangan circle of influence pembaca]

Kalut Kalut Kalut.


Begitulah yang berlaku pada hari ini. Hari hari menjelang sept16, dinanti penuh dengan debar. Masing masing bertanya apa akan berlaku. Kerajaan macammana yg akan wujud. Itu di pihak kerajaan menanti.


Dipihak kerajaan yang ada, berlaku kalut kepimpinan. Ada pemimpin bawahan telah meniup semangat nasionalis. Ada bekas kepimpinan negeri telah menyebut May 13 dalam blognya.

May 13 adalah mimpi ngeri negara yang kita cintai. Ada mengatakan kerana kemenangan satu bangsa dalam pilihanraya telah menyebakan mereka naik kepala. Ada yang mengatakan kerana satu parti nasionalis kalah teruk maka May 13 di buat untuk memperkukuhkan dan mengembalikan kerajaan mereka.


Hari ini, sudah ada yang menuduh Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah PEKIDA akan melakukan atau mecorakkan atau digunakan untuk berbuat kecoh.


Ada yg mula mengaitkan cawangan khas polis akan turun membuat onar dalam masyarakat.


Ada yang mengatakan tentera sudah bersedia.


Negara yang kita kasihi ini sedang penuh dengan kabar angin. Hinggakan mereka yg kurang kisah akan politik, juga mengambil tahu apa yang akan dan mungkin berlaku.

Mereka bimbang apa yang akan berlaku. Kebimbangan itu adalah dalam dua bentuk. Tidak mahu berlaku kekecohan dan keganasan. Dan kebimbangan tidak tahu bagaimana kerajaan baru.


Tapi bagi saya, proses dan usaha perubahan itu sedang berlaku dan usaha itu tidak berada dalam kawalan atau within control pihak umum. Ianya satu usaha dari satu kumpulan yang diberi mandat yang cukup baik untuk membawa perubahan.


Mungkin ada yang menuduh, ianya adalah cita cita seorang individu, tetapi intipati pada cita cita itu di rasai dan di setujui oleh hampir majoriti rakyat malaysia yang mengundi.


Bagi saya perubahan itu tetap akan berlaku. Kalaupun tidak pada sept 16, ianya akan berlaku juga pada hari hari, bulan bulan, tahun tahun mendatang. Kerana jika tiada perubahan, kita takut harta rakyat akan habis, hak rakyat akan terhakis. Oleh itu perubahaan itu akan berlaku. Kata org putih, it is a matter of time.


Tapi kita yang menyokong perubahan itu, kita perlu berdoa supaya perubahan itu berlaku tanpa keganasan. Ya. PERUBAHAN TANPA KEGANASAN adalah yang kita cita citakan.

Itu bermakna jika ada provokasi dari mana mana pihak, pihak yang mahu berubah tetap tidak akan turun melawan. Kalaupun mereka mahu membuat lakonan pembunuhan, biarlah sesama mereka. Kalaupun mereka mahu membuat lakonan berdarah, biarkan darah sesama mereka yang keluar. Mudah mudahan darah itu adalah darah dari pewarna yang dibeli dari pasaraya besar.


Kita yang mahu berubah perlu menekadkan diri bahawa perubahan ini mestilah aman. Jika ada sms yg bertalu talu minta turun dengan berjubah putih, berselendang putih, atau berlilit dahi dengan kain hijau, kita perlu mengatakan ianya sms provokasi. Pada masa ini penyokong perubahan kena amat taat kepada ketua masing masing. Kerana kita percaya ketua ketua perubahan adalah mereka yg matang dan tenang ditengah tengah kekecohan jika ianya berlaku.


Jika ada elemen provokasi, elemen inilah yang perlu kita tangkap dan ikat. Kita perlu lihat apa kad pengenalan yang dibawa. Dan perlu lah kita serah kepada pihak polis yang bertugas. Pada masa ini kita perlu percaya kepada polis walaupun dengan hati yang berat. Kita tidak boleh membelasah orang begitu saja. Tindakan itu akan menyebabkan perubahan yg dicari akan mempunyai calit darah.


Perubahan yang kita mahu ialah .....

PERUBAHAN TANPA KEGANASAN.