Saturday, August 8, 2009

Himpunan Aman 8: Isu Karekatur & Perarakan Kedutaan Denmark.

Satu dari himpunan dan perarakan besar yang berlaku ialah perarakan besar umat islam Kuala Lumpur dalam membantah isu karikatur Rasulullah. Perarakan yang berlaku pada selepas jumaat itu bergerak dari masjid kampong baru sehingga Kedutaan Denmark jalan ampang. Perarakan itu panjangnya menghampiri 2 km. Semuanya berjalan lancar dan perarakan tamat kira kira jam 4.30ptg.

Satu lagi contoh dimana jika polis dan FRU tidak menyerang org ramai maka berarakan akan berlaku dengan tenang dan aman dan tanpa sebarang kekecohan. Tidak ada mata dan kulit yang pedih.

Dalam kata lain polis, FRU dan BN lah yg akan menentukan samada satu satu perarakan itu akan berjalan aman atau kecoh. Jika FRU tidak menyerang orgramai maka aman lah perarakan itu. Jika FRU menyerang bagaikan ….hutan, maka berterabur lah orang ramai dan berlakulah kekecohan.

Himpunan Aman 7: Memperjuangkan Hak Palestin.

Kuala lumpur telah menyaksikan beberapa perarakan memperjuangkan hak palestin. Antara perarakan aman yg panjang dan lama adalah perarakan dari kampong baru kemudian ke jalan belakang KL convention centre melalui depan tabung haji dan u turn kearah kedutaan amerika. Satu kumpulan lagi berarak dari masjid klcc ke kedutaaan british sebelum masuk kea rah kedutaan amerika.

Polis pada hari itu bertindak menjaga rakyat. Maka lalu lintas dikawal. Tidak ada tembakan gas dan air asid FRU. Tidak adakan lilihan airmata, tekak tercekik pada hari itu. Ini kerana pihak polis bertindak menjaga rakyat dan bukannya bertindak menyerang rakyat.

Dalam kata lain, polis bertindak mengikut mood PM, Menteri KDN dan ketua ketua polis pada hari itu. Kalau pada mereka boleh, terutama isu international maka serangan kepada rakyat tidak dibuat. Jika pada hari itu boleh menggugat BN, maka serangan kepada rakyat perlu dibuat.

Itulah sikap polis yang dibayar gaji oleh rakyat. Mereka seronok menyerang dgn mghantar gas dan air FRU, dan juga memukul, menggari rakyat untuk memuaskan tuan tuan mereka.

Semoga Najib, hishamudin dan ketua ketua polis yang menyerang rakyat akan tercekik cekik disaat kematian mereka supaya mereka dapat merasakan kepedihan dan rasa tercekiknya kerongkong rakyat sebelum mereka mati.

Himpunan Aman 6: Himpunan Menentang BI untuk Sains & Matematik.

Saya tidak hadir dalam himpunan ini. Tetapi nature serangan polis adalah sama dengan catatan himpunan Aman 5.

Himpunan Aman 5: Himpunan BERSIH Ke Istana Nov 2007

Isu besar yang diketengahkan diMalaysia pada 2007, malah hingga kehari ini, adalah isu Suruhanjaya Piliharaya, SPR. Isu SPR yg lebih menyebelahi BN dan isu system pilihanraya yg disangsikan telah dibawa kepada pemerhatian rakyat.
Salah satu tindakan Pakatan Rakyat ialah menyeru penyokong penyokongnya supaya turun beramai ramai untuk menghantar memorandum ke Istana Negara. Rakyat berkumpul di beberapa point selepas zohor dimasa itu. Mereka berkumpul di masjid jamik, Sogo dan juga Masjid Negara.

Polis yg membuat taktikal yg berobjektif menyerang rakyat, telah menghamburkan gas dan air kira kira jam 145ptg. Masa ini ialah mereka yang berkumpul selesai sembahyang zohor dan kemudiannya mula bergerak. Di Masjid jamik, polis terus menyerang dipintu masjid dimasa itu juga.

Berlakulah kekecohan. Dimasa yang sama hujan lebat turun yg serba sedikit mengurangkan rasa perit kulit dan cekikan kerongkong hasil dari air dan gas FRU. Kekecohan hasil dari serangan polis berlaku sehingga jam menghampiri 3 ptg.
Apa yg menarik, selepas 3 ptg, rakyat yang berkumpul telah berjalan dengan aman kemasjid Negara. Dari jam 3 petang hingga 530 petang, rakyat berjalan dari bandaraya ke istana dan kemudiannya balik kehingga masjid Negara. Selepas itu mereka bersurai dengan aman.

Apa yg ingin diketengahkan ialah, tidak ada kekecohan berlaku selepas jam 3ptg. Iaitu selepas polis bertindak mengawal keadaan dengan memerhati dan mengawal lalulintas Kekecohan hanya berlaku apabila polis bertindak menyerang rakyat dengan air dan gas mereka. Jika polis menjadi pengawal kepada perjalanan himpunan aman dan menahan elemen porovokasi atau mereka2 yg over, keadaan akan terkawal. Tetapi apabila polis menyerang orang orang yg membayar gaji mereka, keadaan menjadi kecoh apabila rakyat cuba melarikan diri.

Alhamdulillah, rakyat mengambil keputusan untuk melarikan diri. Ini kerana mereka datang bukan untuk bertempur dengan polis.

Saya mendoakan agar Mahathir, pak lah, najib, hishamudin dan ketua ketua polis yg menyerang rakyat akan tercungap cungap diakhir hayat mereka. Paling tidak dapat juga mereka merasa pedih dan tersekatnya kerongkong dek kerana air dan gas mereka.

Himpunan Aman 4: Himpunan 100ribu Rakyat Jln Kebun Shah Alam.

Pada satu tahun yg saya lupa, telah dirancang satu perhimpunan besar 100ribu rakyat di Shah Alam.
Ianya dirancang disebuah kebun tepi jalan, kira kira 400 meter dari lebuhraya kesas. Jalan ini dinamakan Jalan Kebun. Sekiranya pihak polis berhasrat mengawal keadaan, perhimpunan yang dirancang pada petang itu akan berjalan dengan baik.
Pertamanya, ia telah dirancang diluar Kuala Lumpur dan Luar bandaraya shah alam. KEduanya ia dibuat berhampiran dengan lebuhraya maka tidak ada isu kesesekan lalulintas. Lebuh raya kesas pada masa itu terutama section kota kemuning menghala ke kelang tidaklah satu lebuhraya yang sibuk pada zaman itu.

Tetapi apa yang berlaku, polis tidak berhajat untuk mengawal keadaan. Polis lebih berhajat untuk menyerang rakyat. Maka segala strategi dan taktikal polis pada masa itu adalah focus kepada menyerang rakyat.

Tindakan polis yang amat memalukan ialah polis telah mentutup tol selepas Kota Kemuning. Maka pada petang itu berlakulah traffic jam yang teruk di lebuh kesas.
Sekiranya polis berhajat untuk mengawal keadaan, perhimpuan aman tersebut akan dapat dilakukan. Tetapi kerana polis berhajat untuk menyerang rakyat maka, berlaku juraian airmata kerana gas polis. Keadaan lalulintas juga menjadi begitu teruk.

Saya mendoakan agar Mahathir dan ketua ketua polis pada masa itu akan merasa tercekik sungguh disaat saat kematian mereka supaya menjadi iktibar kepada generasi dan bakal bakal ketua polis pada masa akan datang.

Himpunan Aman 3: Permulaan Reformasi 1998.

Pada suku terakhir 1998, Timbalan Perdana Menteri pada masa itu Anwar Ibrahim telah dipecat dengan pelbagai alas an, antaranya tuduhan liwat.
Salah satu tindakan rakyat yg menyokong beliau pada masa itu ialah berkumpul beramai ramai. Pada hari itu mereka telah bersembahyang zohor di masjid Negara dan kemudiannya telah berarak ke Dataran Merdeka. Perarakan itu adalah panjang tetapi jarak perjalanan nya pendek.

Hasil dari perarakan pendek itu, rakyat yg menyokong anwar Ibrahim telah berkumpul hampir memenuhi dataran merdeka. Acara itu berlaku dari jam 2 petang hingga 5 petang.
Tidak ada kekecohan berlaku pada hari itu. Semuanya aman dan tidak ada gas dan air FRU. Ucapan ucapan berjalan dengan lancer.

Ini menunjukkan jika rakyat dibenarkan berkumpul dan polis menjadi penjaga kepada rakyat, kekecohan tidak akan berlaku. Tetapi apabila polis yang makan dari hasil titik peluh rakyat, menjadi penyerang kepada rakyat maka berlakulah kekecohan. Kekecohan itu berlaku kerana rakyat melarikan diri dan dari gas dan air FRU. Gas dan air itu amat memedihkan dan mencekik kerongkong. Jika tidak lari kemungkinan kepala dan anggota akan dibelasah enak oleh FRU. Silap silap anjing K9 polis pula akan dilepaskan

Semoga Mahathir, najib, hishamudin dan ketua ketua polis yang menyerang rakyat akan tercungap cungap disaat saat akhir kematian mereka. Doa org yg dianiayai tidak ada hijab dengan Allah swt.

nota: ada yg mengatakan kena sembur selepas tu. Mungkin ada tapi perhimpunan itu tamat dlm jam 5. Sesiapa yg tidak disiplin dan over excited akan meneruskan atas capacity sendiri selepas itu.

Himpunan Aman 2: Himpunan UMNO isu sekolah cina 1987.

Pada 1987, telah berlaku satu isu yang menyebabkan ketegangan bangsa apabila kementerian pendidikan telah melantik non-mandarin educated Chinese kepada sekolah sekolah cina. Isu itu berlanjutan sehingga kepada berlakunya operasi lalang 1987.
Dalam suasana tegang itu, antara tindakan Najib pada masa itu ialah mengatakan bahawa keris akan membasahi dgn darah cina.
Apa yg ingin saya ketengahkan ialah satu dari tindakan UMNO pada masa itu ialah mengadakan satu perhimpunan aman di padang TPCA dimana lebih 10ribu org telah berkumpul.

Saya percaya jika polis pada hari itu menutup padang itu, maka sudah tentu aktvis umno akan berada ditengah jalan. Tetapi oleh kerana polis pada masa itu bekerjasama maka keadaan terkawal dan tidak ada kekecohan berlaku. Pada hari itu polis tidak menyerang rakyat malah menjadi pengawal kepada rakyat. Ini bermakna jika polis bekerjasama apabila rakyat mahu mengeluarkan rasa hati, ianya boleh dilakukan.
Pada perhimpuan 1 ogos 2009, perhimpunan aman gerakan mansuhkan ISA, telah cuba untuk berkumpul di Dataran Merdeka. Mereka dihalang polis maka mereka terpaksa bergerak kea rah Jalan raja chulan. Ini juga kerana jalan keistana telah ditutup. Sekiranya mereka dibenarkan berkumpul di dataran merdeka, tidak akan ada kekecohan malah polis tidak perlu menembak gas dan air asid.

Tetapi apabila polis menjadi penyerang kepada rakyat dengan air dan gas yg menyiksakan, maka keadaan menjadi kecoh.

Yup mudah mudahan, Mahathir, Paklah, Najib Hishamudin dan ketua ketua polis yg menyerang rakyat akan tercungap cungap disaat saat kematian mereka. Apa lagi kami rakyat yg lemah boleh buat, selain berdoa. Kami juga tidak turun untuk bertempur dengan polis, maka doa lah menjadi senjata kami.

Himpunan Aman 1: Malay Union 1946/1947.

Salam,
Perasaan saya terbakar melihat kawan kawan dihujani dengan gas FRU dan air FRU yang kononnya cuba menyuraikan kelompok himpunan aman mansuh ISA 1 Ogos 2009. Perasaan itu bertambah keras bila ada percubaan dari FRU yg cuba memukul Presiden PAS tapi sempat dihalang oleh pemuda Unit Amal dengan badannya. Bagi mereka yang bertuankan fahaman nasionalis dan segala galanya mesti melayu, merasakan tindakan semua adalah berpatutan kerana perhimpunan itu digelar haram. Bagi kami yg turun, kami telah membuktikan bahawa sesuatu perhimpunan itu akan aman apabila polis menjadi penjaga rakyat. Sesuatu perhimpunan itu akan kecoh apabila polis menjadi penyerang kepada rakyat.

Beberapa tulisan yg saya utarakan disini, ingin menunjukkan bahawa kekecohan itu dilakukan oleh polis dan fru yg bukan ditugaskan untuk mengawal rakyat tetapi ditugas untuk menyerang rakyat. Itulah KPI terbaru PM Najib. Beberapa tulisan ini akan menunjukkan bahawa, apabila satu perhimpunan itu dibenarkan dan polis bertindak sebagai penjaga rakyat, maka satu perhimpunan itu akan berjalan dgn aman dan lancer.
Sebelum saya meneruskan tulisan ini, saya mendoakan org org seperti Mahathir, Pak Lah, Najib, dan ketua ketua polis pelbagai peringkat yang menyerang rakyat, akan tercungap cungap dimasa waktu waktu hampir kematian mereka, supaya mereka dapat merasakan disaat saat akhir hidup mereka bahawa itulah cungapan yg diterima rakyat semasa mereka menyerang rakyat dalam perhimpunan himpunan aman.

Saya membuka semula buku sejarah tingkatan 3 anak saya. Diberitakan semasa penentangan Malayan union, perhimpunan aman telah digunakan. Orang melayu pada masa itu telah bangun untuk menentang MacMichael dengan berkumpul beramai ramai. Buku teks itu memaparkan bahawa 50ribu org telah berkumpul di Alor Star, 10ribu di Kota Baru dan org ramai berkumpul di masjid Sultan Abu Bakar Johor Baru.
(Saya tetap terus meneliti buku teks itu walaupun saya meluat apabila melihat seorg dari penyusunnya adalah Ramlah Adam.)

Saya percaya pada masa perhimpunan menentang Malayan union itu, polis menjadi sebagai penjaga rakyat dengan mengawal keadaan, memerhatikan agen provokasi dan mengawal lalulintas. Saya percaya jika polis pada masa itu adalah polis masakini, ada kemungkinan besar parang panjang akan berterbangan menebas leher leher polis. Alhamdulillah, ketua2 polis dimasa itu adalah ketua2 yg waras yg berjiwa menjaga rakyat. Berlainan pada hari ini, polis polis bukan lagi menjaga rakyat dlm perhimpunan aman, tetapi menjadi penyerang kepada rakyat dgn menghamburkan gas puak dan air asid.

Adakah air dan gas atau Najib, Hishamudin, dan ketua ketua polis dan mudahan mereka mereka ini akan tercungap cungap disaat saat akhir kematian mereka dan moga moga dapat diperhatikan oleh orang disekeliling.
Saya menutup bab ini dengan mengatakan perhimpunan aman yg dijaga dan dikawal rapi oleh polis adalah satu cara yg digunakan dlm menentang Malayan union.

Monday, August 3, 2009

DEMONSTRASI SALAH DALAM ISLAM??

Dicatat oleh Al-Bakistani di 10:36 0 ulasan
DEMONSTRASI SALAH DALAM ISLAM??


http://g-82.blogspot.com/

* artikle lama, diulang publish...



Membaca kenyataan sebilangan pihak tertentu, bahawa kononnya demonstrasi adalah amalan yang bercanggah dengan Islam, terlintas di pemikiranku, sebuah buku tulisan Ustaz Rasul Dahri tentang demonstrasi yang bertajuk “demonstrasi adalah maksiat bukan jihad”

Didalam ulasan beliau, banyak mengkaitkan demosntrasi dengan tindakan golongan Khawarij yang telah melakukan pemberontakan terhadap khalifah ketika itu. Dengan alasan yang demikian, beliau mengistinbatkan bahawa demonstrasi adalah sesuatu yang maksiat kerana melawan kerajaan ketika itu.

Melihat kepada perbahasan ini, aku sebagai seorang yang tidaklah mempunyai ilmu yang banyak, tetapi, walaubagaimanapun, penilaian yang dapat dilakukan adalah, tafsiran dan pendedahan yang dilakukan oleh Ustaz Rasul Dahri itu menggambarkan bahawa dia tidak berpegang kaedah ;

الحكم على شئ فرع عن تصوره

Maksudnya;
“Hukum atas sesuatu adalah furuk (cawangan) dari gambarannya”

Ustaz Rasul Dahri meletakan sesuatu hukum, tanpa melihat kepada keadaan sesuatu benda yang hendak dihukumkan. Ekoran dari itu, hukum yang dijatuhkan itu menjadi ‘berat sebelah’ dan bersikap zalim.

Bertambah zalim lagi, buku ‘Demonstrasi adalah maksiat bukan jihad’ karangan beliau disebarkan di Malaysia. Ini kerana, suasana dan bentuk demonstrasi yang diadakan di zaman Khawarij dan di Malaysia adalah dua bentuk dan maqasid yang berbeza.

HAKIKAT DEMONSTRASI

Demonstrasi adalah satu kalimah inggeris yang diambil dari kalimah demonstration. Mengikut terjemahan melayu, Demonstrasi dimaksudkan dengan ‘perhimpunan tunjuk perasaan’.

Didalam Kamus Dewan Bahasa, Demonstrasi mengandungi dua makna. Pertama: penerangan, peragaan, penunjukan tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain; Kedua: tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain.

Melihat kepada dua makna tersebut, makna yang kedua adalah yang paling tepat dalam perbahasan kita ini.

Di dalam Bahasa Arab, Demonstrasi dipanggil dengan MUZHAHARAH. Di dalam perbahasan Islam, Islam membahagikan demonstrasi kepada dua bentuk, iaitu (1) demonstrasi liar dan (2) demonstrasi aman.

Demonstrasi liar adalah demonstrasi yang bersifat sekumpulan masyarakat di tempat-tempat umum untuk menuntut dan membantah perkara-perkara tertentu yang sudah menjadi tugas negara atau orang yang bertanggungjawab. Di dalam Demonstrasi ini, para penunjuk perasaan biasanya akan melakukan kerosakan, rusuhan, kemusnahan, membakar harta milik negara, harta umum ataupun harta individu.

Adapun Demonstrasi aman iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat untuk menyokong, menuntut dan juga membantah sesuatu. Tindakan ini tidak akan disertai aktiviti merosakkan, menghancurkan atau membakar harta benda negara, awam atau individu. Para penunjuk perasaan akan sentiasa memerhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara', nilai-nilai Islam dan kemaslahatan umat Islam. Mereka juga akan sentiasa menjaga adab-adab sebagai orang Islam.

ISLAM DAN DEMONSTRASI

Melihat kepada hakikat dua demonstrasi yang didedahkan, maka kita dapat menilai, yang mana satukah demonstrasi yang diharamkan dan demonstrasi yang dibenarkan didalam Islam.

Demonstrasi liar adalah sesuatu tindakan yang diharamkan didalam Islam, maka tafsiran dan qiasan yang dilakukan oleh Ustaz Rasul Dahri terhadap demonstrasi seperti demonstrasi yang di lakukan oleh Khawarij, maka itu adalah demonstrasi mengikut tafsiran yang pertama.

Adapun Demonstrasi aman, maka itu dibenarkan didalam Islam. Ini kerana, banyak bukti-bukti dan dalil-dalil yang menyatakan keharusannya. Antara dalil-dalil tersebut adalah seperti berikut;

a. Rasulullah SAW pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi SAW diperintahkan oleh Allah Ta'ala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Ka'bah. Satu barisan dipimpin oleh Umar ibn al-Khattab dan yang satu lagi dipimpin oleh Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci La ilaha illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka'bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan.

b. Rasulullah SAW juga pernah menghimpunkan kaum Quraish di Bukit Safa untuk menyeru kepada mereka supaya beriman kepada Allah dan menjelaskan bahawa Baginda adalah Rasul yang diutus Allah kepada manusia.

c. Melihat kepada falsafah Haji, yang mana, Allah mengizinkan haji hanya dilakukan di Mekkah di hari-hari yang ditetapkan sahaja. Disamping mengerjakan haji, di suruh supaya melakukan tawaf dan bertalbiyyah sebagai cara hendak menyatakan hasrat hati dan ‘tunjuk perasaan’ didepan Allah.

Melihat kepada ‘istidlal’ ini, tidaklah Islam melarang Demonstrasi secara mutlak, seperti yang didakwa oleh Ustaz Rasul Dahri itu.

Sekiranya, cara non muslim sahaja menggunakan demonstrasi menjadi hujjah atas larangan berdemonstrasi, maka perlu difahami bahawa tidak semua perkara yang datang dari orang yang bukan Islam adalah di tolak, bahkan ada perkara yang datang dari bukan islam, di terima dan dibenarkan diamalkan didalam Islam, tetapi kebenaran tersebut, hendaklah berdasarkan kepada ketiadaan percanggahannya dengan nas-nas yang qatii dan yang lebih jelas.

Antara dalil mengatakan, tidak semua cara non muslim mesti di tolak adalah seperti berikut;

a. Sirah menjelaskan, ketika berlaku peperangan ahzab, Rasulullah SAW telah meminta pandangan dari kalangan sahabat supaya menyatakan pandangan-pandangan mereka. Lalu telah memberi pandangan oleh Salman Al-Farisi dengan menggali parit dengan alasan, taktik peperangan itu diamalkan oleh golongan Majusi (golongan yang menyembah Api) di Farsi ketika itu. Mendengar pandangan tersebut, Rasulullah menerimanya.

b. Di dalam sirah juga jelas menyatakan penerimaan Rasulullah SAW menjadikan golongan kuffar quraish yang ditawan dalam peperangan Badar, supaya menjadi guru-guru yang mengajar kepada anak-anak orang Islam di kala itu.

Dengan hujjah-hujjah ini, dapatlah kita membuat kesimpulan, bahawa Islam tidak melarang melakukan demonstrasi yang aman, tetapi Islam melarang demonstrasi liar.

PERSOALAN YANG TIMBUL

Membaca buku ‘demonstrasi adalah maksiat bukan jihad’ karangan Ustaz Rasul Dahri itu, terlintas di pemikiran ini, apakah yang diingini oleh Ustaz Rasul Dahri. Ini kerana, buku itu disebarkan di negara ini.

Apakah Ustaz Rasul menganggap bahawa Malaysia pimpinan UMNO dan BN ini adalah kerajaan Islam seperti kerajaan Islam dibawah kepimpinan Saidina Osman?

Sekiranya itulah sangkaan Ustaz Rasul, maka jelas Ustaz Rasul telah tersasar dari jalan yang lurus, ini kerana, kerajaan Islam Hadhari Malaysia bukanlah kerajaan Islam mengikut metod dan bentuk kerajaan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan Khulafa ar-Rasyidin, bahkan ianya adalah kerajaan secular yang sesat dan menyesatkan.

Pembuktian ini jelas dari sandaran kerajaan bukanlah kepada al-quran dan al-hadis, tetapi sandarannya adalah perlembagaan persekutuan yang ditubukan oleh suruhanjaya red yang bernama lord red.

Adapun mengikut metod kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Rasulullah SAW, bahawa didalam perlembagaan Madinah itu ada tersebut;


انكم مهما اختلفتم فيه من شيء فان مرده الى الله عز و جل والى محمد – صلى الله عليه و سلم

Maksudnya;
“Sesungguhnya kamu, apabila kamu berbeza-beza padanya daripada sesuatu perkara, maka sesungguhnya, tempat kembalinya adalah kepada Allah dan kepada Muhammad s.a.w”
(Lihat “Al-Bidayah Wa An-Nihayah” (3/232) : Al-Hafiz Abi Fida’ Ismail bin Kathir : Dar At-Taqwa : tanpa tarikh)


Wallahu a’lam.

Bahan Rujukan

1. Al-Fatawa : Dr Atiyyah Saqqar
2. Al-Fatawa Al-Maasirah : Dr Yusuf Al-Qaradhari
3. Al-Bidayah wa An-Nihayah : Imam Ibnu Kathir.
4. Dewan Bahasa dan Pustaka
5. Demonstrasi adalah maksiat, bukan jihad : Ustaz Rasul bin Dahri.
6. Utusan Malaysia.


baca sama;

* Tunjuk perasaan atau demonstrasi dari perspektif Islam


Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com