Sunday, February 3, 2008

MENJELANG PRU12: UNDI ANDA TETAP RAHSIA.

MENJELANG PRU12: UNDI ANDA TETAP RAHSIA.

[Mohon di Sebarkan pada rakan rakan anda dengan seluasnya]

1. Pilihanraya ke 12 nampaknya begitu hampir sekali. Kabarnya ada orang yang meminati nombor 13, maka ianya akan dimulakan atau ditutup dengan 13. Kalau mengikut Islam, kepercayaan kepada perkara seperti nombor yang memberi nasib yang baik adalah satu khurafat. Oleh itu sebagai jalan selamat, kita boleh lah mengatakan, kerana minat sangat terhadap sesuatu nombor maka banyak perkara mahu dilakukan berdasarkan nombor itu atas dasar suka suka.

2. Setiap kali pilihanraya akan ada pertanyaan “Adakah Undi Saya Rahsia?” atau “Bolehkah Undi Saya Di Ketahui Orang?”. Saya tidak mengetahui kenapa persoalan itu di war warkan hampir setiap kali pilihanraya. Mungkinkah orang yang bertanya itu tidak pernah mengundi. Mungkin juga orang itu tidak pernah mengetahui proses pengundian. Atau ADAKAH MUNGKIN ORANG BEGITU DILETAKKAN untuk menakut nakutkan bakal bakal pengundi dengan mengurangkan keyakinan bahawa undi itu rahsia?

3. Saya lebih suka pada pendapat yang terakhir. Bagi saya akan ada orang yang mahu supaya ramai pengundi merasa was-was dan merasa curiga bahawa pada akhirnya kertas undi mereka akan diketahui dan siapa mereka undi akan diketahui. Maka pengundi jenis ini akan takut untuk membuat pilihan yang wajar dan kemungkinan pengundi ini akan mengundi dalam keadaan hati terpaksa. Apa lagi jika mereka terikat dengan perkara perkara seperti AKUJANJI atau pun membuat perniagaan kecil yang bergantung kepada sesuatu pihak. Sudah tentu pengundi tidak akan merasa selesa dan merasa bimbang dan mungkin ada yang merasa takut.

4. Saya ingin menegaskan kepada pembaca sekelian bahawa UNDI TUAN DAN PUAN ADALAH TETAP RAHSIA. Oleh itu jangan takut untuk mengundi sesiapa pun.

Tidak ada siapa yang tahu, siapa dan parti mana yang anda pangkah. Sila ikuti penerangan saya mengenai proses pengundian selepas ini. Walaupun saya bukan orang yang berautoriti untuk menerangkan, saya merasakan satu kewajipan saya untuk berkongsi pengetahuan saya. Nak dapat orang yang berkewajipan menulis di dunia internet ini, amat susah kerana sebab masing masing. Dan kalau yang pandai pun, mungkin telah berumur, oleh itu internet ini alien untuk mereka. JIKA SAYA MEMBUAT KESILAPAN, anda yg tahu perlu membetulkan dgn reply pada tulisan ini.

5. Pertamanya, sebelum hari mengundi, jangan sekali kali menyerahkan kad pengenalan anda pada sesiapa. Kad pengenalan itu mesti sentiasa berada dengan anda. Jika anda tersilap langkah, maka peluang anda mahu mengundi akan berakhir. Jika Kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen ditempat itu adalah Kerusi Panas, maka anda lebih perlu berhati hati.

6. Satu dua hari sebelum hari mengundi, anda mungkin menerima cetakan maklumat daftar pemilih anda. Parti Politik yang bertanding selalunya akan mengedarkan maklumat ini. Disitu akan di catatkan No siri daftar pemilih anda, No Kad Pengenalan, Nama Anda, Dimana Anda Mengundi dan Nombor Saluran.

7. Apabila anda telah yakin dengan maklumat, terutama maklumat dimana anda mengundi, dan anda tahu Nombor Saluran, maka pada hari mengundi anda tidak perlu ke kaunter SPR atau ke kaunter parti politik diluar pagar. Anda boleh terus masuk pintu pagar kawasan tempat mengundi dan terus menuju dimana saluran tempat mengundi anda ditempatkan. Jika anda tidak pasti Nombor Saluran anda, anda perlu pergi ke kaunter SPR diluar tempat mengundi. Jika anda pergi kekaunter SPR, anda sudah pasti akan beratur dua kali. Itu sebab ada baiknya untuk terus pergi ke Saluran mengundi anda.

8. KATAKAN lah, anda menghadapi masalah dengan tempat mengundi dan nombor saluran anda. Atau apabila anda pergi ke kaunter SPR, nama anda tidak ada dalam senarai. ATAUPUN apa apa masalah yang boleh mengganggu hak anda untuk mengundi. JIKA ini berlaku, saya mencadangkan anda TERUS PERGI KE KAUNTER BN di luar pagar. Tidak kiralah siapa yang anda ingin undi, dan tidak perlu diberitahu pun. Terangkan kepada mereka, isu anda, dan Insyallah mereka akan berusaha dengan hebat untuk memastikan anda dapat mengundi. Akan ada yang bertanya kepada saya, kenapa pergi ke kaunter BN. Saya tidak mahu menjawab disini.

9. Kiranya anda tiada apa apa masalah, maka anda telahpun beratur untuk mengundi. Apabila tiba giliran anda, Kerani Tempat Mengundi akan meminta Kad Pengenalan Anda. Beliau akan menyebut dengan kuat, No Daftar Pemilih anda, Nama Anda, No Kad Pengenalan anda.

10. Sekiranya tidak ada bantahan dari Polling Agen Parti yang bertanding didalam bilik mengundi itu, Kerani akan menggariskan nama anda, kemudian mengoyakkan kertas undi Parlimen dan kertas undi DUN dan diberikan kepada Anda. Untuk PRU12, kabarnya Kerani akan menitikkan DAKWAT HITAM ke kuku anda. {negara lain celup, negara kita ...titik aja, kabarnya ...jimat cermat). Kemudian anda bergerak ketempat membuang undi.

11. Anda memangkah apa yang patut, dan kemudian lipat lah dengan baik, mungkin lipat empat supaya tidak terbuka bila dimasukkan kedalam peti undi. Kabarnya peti undi kali ini adalah transparen. Lipat lah dengan baik, takut takut kertas undi anda terbuka dan dunia mengetahui siapa yang anda pangkah.

12. Anda pun melangkah keluar dari bilik mengundi, boleh balik rumah dan tidur. Masa mengundi akan tamat pada jam 5.00 petang.

13. Pada pilihanraya 2004, sebelum kerani mengundi memberikan kertas undi kepada anda, beliau akan menulis no siri counterfoil buku undi keatas kertas undi anda. INI TELAH MENYEBABKAN PARA PENGUNDI MENJADI BIMBANG YANG AMAT SANGAT, takut kalau kertas undi mereka boleh di kesan atau di trace balik, kerana ada nombor siri diatas kertas undi yang akan dimasukkan kedalam peti undi.

Untuk PRU 12 ini, PERKARA INI TELAH DIBATALKAN. BERMAKNA, kerana dibilik undi, TIDAK BOLEH MENULIS APA APA diatas kertas undi anda. Ianya telah dibatalkan semenjak dari pilihanraya kecil Ijok. Ada satu dua tempat mengundi di Ijok yang telah mengamalkannya lagi tetapi telah dibantah keras oleh Pemerhati Pilihanraya MAFREL. OLEH ITU TIDAK ADA LAGI SEBARANG TULISAN ATAU NO SIRI DIATAS KERTAS UNDI ANDA. UNDI ANDA TETAP RAHSIA.


CARTA PROSES MENGUNDI
1
-Anda masuk kawasan mengundi.
-ke meja SPR atau
-terus ke saluran mengundi & beratur

2
-kerani ambil IC , -sebut nama anda dgn kuat, -garis nama anda jika tiada bantahan
3
kerani koyak kertas undi DUN&Plmen. Titik dakwat di jari &beri kertas undi pd anda,

4
anda ketempat buang undi, pangkah, lipat dgn baik, masuk kertas dlm peti undi DUN & Plimen & keluar.


Dari Proses Diatas Tidak Ada Tanda Tanda Undi Anda Tidak Rahsia

Keyakinan bahawa undi anda adalah rahsia adalah amat penting untuk memastikan anda dapat membuang undi dengan rasa selesa dan aman tanpa ada ketakutan bahawa akan ada orang yang boleh mengesan undi anda.

Proses seterusnya ialah proses pengiraan undi yang akan saya terangkan kemudian, untuk mengelakan penulisan ini terlalu panjang. Insyallah.

No comments: