Sunday, February 3, 2008

Menanti Pemimpin Silap Cakap


Majoriti rakyat Malaysia pada hari ini menanti nanti pengumuman pembubaran parlimen, terutama mereka yang terlibat dalam medan politik. Walaupun gendang perang pilihanraya telah mula diketuk, bunyinya masih lagi dalam keadaan perlahan.

Saya pula tidak menanti mimpi perdana menteri. Kita tahu perdana menteri sedang menunggu mimpi indah, sebelum mengumumkan pembubaran parlimen. Saya buat masa ini menanti nanti akan pemimpin pemimpin Barisan Alternatif tersilap cakap. Dengan para wartawan bertungkus lumus mengejar setiap pemimpin BA, dengan masing masing sudah menyediakan soalan yang keluar dari minda mereka, para wartawan ini akan menyerbu pimpinan BA untuk membuat kenyataan. Ada soalan soalan yang turun dari langit yang bernilai emas. Soalan soalan ini walaupun telah berkali kali ditanya, ianya tetap akan ditanya lagi. Para jurugambar media sememangnya bersedia untuk mengambil gambar atau filem pemimpin pemimpin ini.

Sudah tentu akan ada pimpinan BA yang akan tersilap cakap. Mari kita ambil Menteri Besar Kelantan sebagai contoh. Menteri Besar Kelantan ada lah seorang yang amat dihormati. Tetapi kita juga tahu ada kalanya beliau membuat kenyataan yang agak menarik. Sekali dengar kenyataan nya berbunyi pelik, tapi bila difikirkan dengan dalam banyak kenyataan beliau ada kebenarnya. Tetapi kita mesti ingat, tidak ramai rakyat Malaysia yang mahu berfikir atau sempat berfikir. Cabaran mencari rezki dan tekanan hidup hasil dari kemenangan total pihak BN pada 2004, mencengkam mereka. Maka tidak ada masa untuk mereka berfikir lebih dalam. Mereka hanya mengambil apa yang tersurat, dan tiada masa untuk memikirkan yang tersirat.

Kita kena faham, Menteri Besar Kelantan banyak membuat kenyataan. Dengan wartawan yang sentiasa mengejar dan dengan jurugambar yang sentiasa bersedia, beliau akan ditunggu tunggu masanya untuk membuat kenyataan yang silap. Apabila ini berlaku, akan bersorak lah media dan mungkin akan cepatlah pengumuman pembubaran pilihanraya.

Kita juga kena faham, bukannya pimpinan BN tidak membuat silap. Malah jika wartawan dan jurugambar sentiasa mengejar, orang yang tertidur didalam mesyuarat dan perhimpunan juga boleh diambil. Cuma, ada orang yang bernasib baik, paling kurang didunia fana ini, kerana kesilapan mereka akan ditutup rapat oleh media massa.

Apabila kita mendengar kesilapan pimpinan BA membuat kenyataan akhbar, kita tidak perlu marah marah. Mari kita ”Enjoy the Show” kerana itu bermakna pesta satu bulan akan bermula.

Hamdy.

No comments: